Sunday 18 March 2012

PUISI 1 MALAYSIA

Makan rambutan bersama teman,
Dibawa pulang ke Negeri Sembilan,
1 Malaysia dalam genggaman,
Semangat perpaduan diterapkan.

Sungguh cantik berbaju kebaya,
Senyumannya manis riangnya dirasa,
Novel Interlok Novel Remaja,
Satu Lambang 1 Malaysia.

Jalan-jalan ke Pulau Jawa,
Singgah sebentar membeli raga,
Negara Malaysia Pelbagai budaya,
Perpaduan terjalin amannya dunia.

Indahnya dunia sinaran mentari,
Besarnya rahmat keagungan tuhan,
Satu suara laungan Perdana Mentari,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Teguh berdiri bangunan Melaka,
Tinggalan zaman warisan Negara,
Darah Menitis Jernihnya mutiara,
Pejuang Negara mengamankan dunia.

Pejuang Negara sungguh terkenal,
Menentang musuh pelbagai gaya,
Berwarna-warni pakaian tradisional,
Dipakai bangsa satu budaya.

Terbang tinggi si rama-rama,
Cantik berseri pelbagai warna,
Perayaan disambut bersama-sama,
Terjalinnya ukhwah pelbagai bangsa.

13 Mei harinya berdarah,
Hanyirnya darah berwarna merah,
Tewasnya penduduk ditangan penjajah,
Semangat perpaduan hilang musnah.

Tinggalan zaman A. Famosa,
Pergi melawat di pagi hari,
Satu suara pelbagai bangsa,
Mengecapi matlamat laungan Perdana Menteri.

Mencari rotan dan atap rumbia,
Untuk dijual di Pekan Selasa,
Melaungkan suara 1 Malaysia,
Sebagai cerminan perpaduan bangsa. 


0 comments:

Post a Comment