Sunday 27 March 2011

KARTUN......


Melakonkan dengan menggunakan dialog sendiri
Belajar bahasa 
Penulisan karangan 
Melukis dan mewarnakan gambar
Menukar dialog cakap ajuk kepada cakap pindah 




Kenal pasti penggunaan dialek 
Menukar dialog cakap ajuk kepada cakap pindah 
Belajar imbuhan, kata kerja dan kata ganti nama
Melakonkan dialog dengan menggunakan dialog sendiri 






Melakonkan dialog dengan menggunakan bahasa sendiri 
Menulis karangan berkaitan tema 
Belajar imbuhan 
Belajar jenis kata 
Menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah 

Sunday 13 March 2011

PUISI -AYAH

AYAH
Kerana seorang insan
Bergelar bapa, ayah, papa, daddy
Aku berjaya menjadi seorang manusia berguna
Dengan titisan peluh membasahi raut wajahnya
Dengan tulang empat kerah mengerah tenaga
Dengan panasnya terik mentari
Dengan basahnya turunnya hujan nikmat dunia
Dia tidak pernah merungut, membantah
Tetapi dia bekerja untuk keluarga
Bukannya untuk dirinya
Bukan untuk orang lain
Bukan,bukan dan bukan
Dia bekerja dengan penuh harapan
Harapan yang tinggi melangit
Kepada siapa?
Kepada anaknya
Anak yang dilahirkan dari rahim orang yang paling dia cintai
Anak kandungnya
Bukan anak buangan, anak pungutan atau anak kutipan
Harapan seorang ayah
Bukanlah ingin anaknya mendapat kejayaan dalam gejala sosial
Tetapi dia mahukan anaknya memperoleh kejayaan kehidupan dan akhirat
Wahai anakku
Janganlah kau sia-siakan hidupmu
Walaupun sesaat....
Kecapi kejayaan untukmu
Bukan untukku
Pesan seorang ayah...... 
                                               NURKILAN : NURUL

Saturday 12 March 2011

PANTUN

Sungguh indah pohon cendana
Bergayut kera di balik pohonan
Awal Bismillah pembuka bicara
Salam sejahtera kami ucapkan....

Jalan-jalan bersama rakan,
Singgah sebentar di Kedai Mak Gayah
Hidup bermasyarakat amat diperlukan,
Agar negara dilindungi daripada jenayah.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama ibuku sorang.

Sungguh cantik memakai kebaya
Kebaya di pakai si gadis jelita
Salam kemaafan di pagi raya
Mengeratkan hubungan  sesama kita

Pahit sungguh buah pegaga
Di ambil nenek di hutan belantara
Anak yang baik hormati keluarga
Dewasa kelak amat berguna