Sunday 13 March 2011

PUISI -AYAH

AYAH
Kerana seorang insan
Bergelar bapa, ayah, papa, daddy
Aku berjaya menjadi seorang manusia berguna
Dengan titisan peluh membasahi raut wajahnya
Dengan tulang empat kerah mengerah tenaga
Dengan panasnya terik mentari
Dengan basahnya turunnya hujan nikmat dunia
Dia tidak pernah merungut, membantah
Tetapi dia bekerja untuk keluarga
Bukannya untuk dirinya
Bukan untuk orang lain
Bukan,bukan dan bukan
Dia bekerja dengan penuh harapan
Harapan yang tinggi melangit
Kepada siapa?
Kepada anaknya
Anak yang dilahirkan dari rahim orang yang paling dia cintai
Anak kandungnya
Bukan anak buangan, anak pungutan atau anak kutipan
Harapan seorang ayah
Bukanlah ingin anaknya mendapat kejayaan dalam gejala sosial
Tetapi dia mahukan anaknya memperoleh kejayaan kehidupan dan akhirat
Wahai anakku
Janganlah kau sia-siakan hidupmu
Walaupun sesaat....
Kecapi kejayaan untukmu
Bukan untukku
Pesan seorang ayah...... 
                                               NURKILAN : NURUL

0 comments:

Post a Comment