Sunday 18 March 2012

PUISI 1 MALAYSIA

Makan rambutan bersama teman,
Dibawa pulang ke Negeri Sembilan,
1 Malaysia dalam genggaman,
Semangat perpaduan diterapkan.

Sungguh cantik berbaju kebaya,
Senyumannya manis riangnya dirasa,
Novel Interlok Novel Remaja,
Satu Lambang 1 Malaysia.

Jalan-jalan ke Pulau Jawa,
Singgah sebentar membeli raga,
Negara Malaysia Pelbagai budaya,
Perpaduan terjalin amannya dunia.

Indahnya dunia sinaran mentari,
Besarnya rahmat keagungan tuhan,
Satu suara laungan Perdana Mentari,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Teguh berdiri bangunan Melaka,
Tinggalan zaman warisan Negara,
Darah Menitis Jernihnya mutiara,
Pejuang Negara mengamankan dunia.

Pejuang Negara sungguh terkenal,
Menentang musuh pelbagai gaya,
Berwarna-warni pakaian tradisional,
Dipakai bangsa satu budaya.

Terbang tinggi si rama-rama,
Cantik berseri pelbagai warna,
Perayaan disambut bersama-sama,
Terjalinnya ukhwah pelbagai bangsa.

13 Mei harinya berdarah,
Hanyirnya darah berwarna merah,
Tewasnya penduduk ditangan penjajah,
Semangat perpaduan hilang musnah.

Tinggalan zaman A. Famosa,
Pergi melawat di pagi hari,
Satu suara pelbagai bangsa,
Mengecapi matlamat laungan Perdana Menteri.

Mencari rotan dan atap rumbia,
Untuk dijual di Pekan Selasa,
Melaungkan suara 1 Malaysia,
Sebagai cerminan perpaduan bangsa. 


Tuesday 10 January 2012

SEMANTIK : MODEL DIADIK DE SASSURE

Model ini merupakan model yang diperkenalkan oleh Ferdinand De Sassure. Model ini merupakan gabungan antara penanda dan petanda. Beliau beeranggapan bahawa bahasa saling berhubungan antara satu sama lain. Petanda merupakan bayangan manakala pnanda merupakan bayangan bunyi.

Friday 6 January 2012

PESANAN BUAT SAHABATKU


SAHABAT SEKOLAHKU
HARI INI
KAU SUDAH MENGINJAK DEWASA
TANPA SEDAR PEJAM CELIK
TERBIT TERBENAM SINARAN MENTARI
KAU SUDAH BERUMUR 22 TAHUN

BUKAN MUDAH
UNTUK KAU MENGHARUNGI PERJALANAN KEHIDUPAN
PERJALANAN DARI RAHIM SEORANG IBU
SEHINGGA KINI
KAU SEMPURNA
DIMATA IBU DAN AYAH

KEHIDUPAN INI DIIBARATKAN SEPERTI TITI
TERGELINCIR SEDIKIT
KAU AKAN MASUK TERJERUMUS
KE LEMBAH RAKUSAN MANUSIA DURJANA



ALHAMDULILAH
BERKAT KEKUATAN, KETEGASAN
KAU MAMPU BERDIRI
SEBAGAI NADI PENGGERAK KEBAHAGIAN KELUARGA
INGAT SAHABATKU
INGAT KAWANKU
KAU BUKAN SAHAJA SEBAGAI ANAK
KAU AYAH UNTUK ADIKMU
KAU IBU UNTUK ADIKMU
KAU KAUNSELOR UNTUK IBUMU
KERANA ITU TUGAS ANAK YANG SOLEHAH

MASIH KAU INGAT
SAAT INI MERUPAKAN HARI YANG PENUH BAHAGIA
KEBAHAGIAN YANG PERLU DIKONGSI BERSAMA
BERSAMA DUNIA
IAITU KELAHIRAN SEORANG INSAN
ASFALIZA
ITULAH NAMA YANG DIBERI.

PADA SAAT INI KAU MENANGIS, BERTERIAK
INGIN KAU KATAKAN PADA DUNIA
KAU ADALAH ASFALIZA
SEORANG INSAN YANG TELAH  BERJAYA
MENJALANI PERLUMBAAN PERTAMA
INGATLAH WAHAI SAHABATKU
KELAHIRANMU KE DUNIA INI
TIDAK LAH SIA-SIA SAHAJA
KAU ADALAH SEORANG WANITA YANG BERJAYA
KEJAYAANMU TELAH KAU KECAPI BUAT KALI YANG KEDUA  

TANJUNG MALIM
05 DESEMBER 2011