Tuesday 5 April 2011

TATABAHASA

41 PELAJAR CEMERLANG SPM 
KUALA LUMPUR: Saya tak pernah bermimpi bergelar pelajar cemerlang kerana dalam peperiksaan percubaan sebelum ini, saya gagal mendapat keputusan meyakinkan untuk memegang gelaran itu, kata penerima pertama Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Muhamad Putera Farid Iskandar, 18.
Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lembaga Peperiksaan Malaysia, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong dan Dr Mohd Fuad Zarkashi. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan itu antara 41 pelajar menerima anugerah berkenaan, termasuk 30 pelajar memperoleh keputusan gred cemerlang A+ bagi semua subjek diambil, tujuh pelajar istimewa manakala empat lagi daripada sekolah sukan seluruh Malaysia.
Diakui Biologi adalah subjek yang sukar dikuasai dan perlukan tumpuan lebih, namun dengan tunjuk ajar rakan sekelas, guru serta dorongan keluarga, syukur alhamduillah, saya berjaya memperoleh A+ dalam peperiksaan sebenar.
Aspek pengurusan masa yang bijak perlu diamalkan. Saya sendiri tidak pernah mengasingkan diri daripada terbabit dalam aktiviti riadah yang diadakan setiap petang ketika di asrama.
Malah, saya juga memperuntukkan tempoh satu jam untuk menonton rancangan kegemaran di televisyen iaitu National Geographic.
Perancangan saya selepas ini adalah ingin melanjutkan pelajaran ke universiti di Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan, sekali gus berusaha merealisasikan impian bergelar penyelidik bidang Matematik dan Sains Teknologi, katanya.
Sumber : Harian Metro
  • Kenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam artikel 
  • Kesalahan tatabahasa
  • Ayat aktif dan ayat pasif 
  • Penggunaan jenis kata 

0 comments:

Post a Comment